Notis Perlindungan Data

“Data Peribadi” bermaksud maklumat seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor paspot, alamat, jantina, tarikh lahir, pekerjaan, maklumat hubungan, alamat emel, majikan, bangsa dan kewarganegaraan dan sebarang maklumat yang mengenal pasti anda.

Anda mengesahkan dan memberi kebenaran kepada firma untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan, berurusan dengan dan memproses Data Peribadi yang telah atau dari semasa ke semasa diberikan oleh anda dan/atau diperoleh daripada pelbagai sumber yang sah termasuk agensi kerajaan dan pihak lain yang terlibat dengan transaksi komersial yang mana anda telah melantik kami untuk menyampaikan perkhidmatan kami. Kami menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dibawah:

Untuk menyampaikan perkhidmatan yang anda perlukan, kami mungkin mendedahkan, memindahkan atau memberikan akses kepada Data Peribadi anda kepada pihak ketiga dan/atau penyedia perkhidmatan yang diambil oleh firma untuk melaksanakan fungsi bagi pihak firma. Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi kepada pihak ketiga dan/atau penyedia perkhidmatan berikut di bawah:

Anda mengesahkan bahawa pendedahan, pemindahan dan akses sedemikian mungkin berlaku, dan dengan ini membenarkan firma untuk melepaskan Data Peribadi kepada pihak ketiga dan/atau pembekal perkhidmatan yang diambil bekerja oleh firma tersebut dan bahawa pihak tersebut mempunyai persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi tersebut. 

Apabila kami menganggapnya perlu untuk tujuan pemprosesan, atau menyediakan sebarang perkhidmatan kepada anda, atau penyimpanan data, kami mungkin memindahkan atau berkongsi Data Peribadi anda kepada peguam dan pekerja firma kami, pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami di dalam atau di luar Malaysia, di bawah syarat kerahsiaan dan tahap perlindungan keselamatan yang serupa.  

Kami mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi yang kami kumpul, gunakan dan dedahkan adalah tepat dan lengkap. Walau bagaimanapun, ketepatan Data Peribadi itu sebahagian besarnya bergantung pada Data Peribadi yang anda berikan. Kami mengesyorkan agar anda:  

Jika anda ingin menarik diri daripada menerima sebarang komunikasi daripada kami berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh firma, anda boleh menghubungi kami di: 

Anda boleh pada bila-bila masa meminta akses kepada, atau untuk pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau mendapatkan maklumat lanjut daripada kami dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di atas. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan tertakluk kepada pengecualian yang dibenarkan di bawah undang-undang. Anda hendaklah mengemukakan permintaan anda secara bertulis atas sebab keselamatan bersama dengan bayaran nominal untuk setiap permintaan akses.

Kami mempunyai hak untuk mengubah suai Notis Perlindungan Data ini dari semasa ke semasa untuk mengemaskini perubahan di bawah  undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan, prosedur dan struktur kami dengan meletakkan Notis Perlindungan Data yang diubahsuaikan di laman web kami dan dengan menghantar salinan Notis Perlindungan Data yang diubahsuaikan melalui pos biasa atau melalui cara-cara lain yang mungkin kami pilih. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami atau komunikasi berterusan anda dengan kami berikutan pengubahsuaian Notis Perlindungan Data menandakan persetujuan anda terhadap pengubahsuaian tanpa mengira anda tidak menyedari atau tidak menerima Notis Perlindungan Data yang diubah suai. 

Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.